ULASAN BAB 9
KAEDAH
PENYELASAIAN MASALAH
Dalam kehidupan, manusia pasti pernah mempunyai masalah. Tiada hidup
tanpa masalah, bahkan untuk seseorang yang sangat kaya raya sekalipun. Sehingga
ada pepatah yang mengatakan "bersahabatlah dengan masalah dan masalah pun
akan bersahabat dengan kita". Masalah terjadi pada setiap bidang
kehidupan. Setiap penelitian yang dilakukan juga harus menemukan sebuah masalah
yang harus diteliti dan dipecahkan.
Masalah terbahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah misteri,
puzzle, dilema dan peluang. Masalah yang dihadapi haruslah diberi perhatian dan
diselesaikan dengan segera.
MASALAH DAN
ISU
Perbezaan
antara masalah dengan isu. Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak
segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati- hati. Masalah
yang tdak diselesaikan dengan segera dan biarkan berlarutan akan menjadi satu
isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.
Seterusnya, kita
juga perlu memupukkan beberapa sifat di dalam diri untuk memastikan penyelesaian
masalah berjalan dengan lancar.
i. Motivasi yang kuat
ii. Trait yang positif
iii. Jati diri
iv. Membina kemahiran
1. Motivasi yang kuat
Penyelesai
masalah yang berkebolehan akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. mereka
sentiasa ‘think positive and move forward’. Mereka akan mencuba mengharungi
segala halangan yang ada untuk menyelesaikan masalah yang ada dan dengan
menggunakan jalan yang betul. Penyelesai masalah yang berkemampuan penuh dengan
kekuatan dan sesekali tidak dapat dilemahkan dengan masalah dan cabaran yang
datang. Mereka menganggap segala masalah itu hanyalah sementara sahaja.
Penyelesai masalah yang berjaya juga akan melipat gandakan usaha mereka untuk
mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.
2.
Trait yang positif
Fikiran yang
positif adalah amat penting bagi menjadi penyelesai masalah yang berjaya. Ia
mempunyai emosi yang stabil yang membolehkannya menyelesaikan maslah dengan
baik.
Trait
psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting. Tetapi trait yang tidak
kurang penting ialah meminta pertolongan daripada orang lain. Penyelesai
masalah ynag berkebolehan tidak akan ada masalah untuk berhubungan dan
bekerjasama dengan orang lain. Penyelesai masalah juga perlulah cerdik dan
pintar. Masalah yang rumit memerlukan pengetahuan saintifik dan ketajaman
intelektual yang tinggi. Trait psikologi yang terakhir ialah ialah penyelesai
masalah berkebolehan seseorang untuk berusaha tanpa jemudi dala menyelesaikan
sesuatu masalah.
3. Jati diri
Penyelesai
masalah mempunyai kekuatan diri yang tinggi dalam menguasai situasi yang
mungkin timbul. Mereka berfikiran positif bahawasanya mereka dapat
menyelesaikan masalah yang datang.
4. Membina
kemahiran
Penyelesai
masalah yang hebat akan menggunakan pelbagai teknik dan model dalam
menyelesaikan masalah yang timbul.
KATEGORI MASALAH
MISTERI
-satu situasi yang
menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang
diharapkan. Kita tidak dapat menjelaskan dengan menggunakan akal fikiran
untuk mencari sebab menjelaskannya
TUGASAN (ASSIGNMENT)
-Kerja yang ditugaskan kepada
seseorang untuk memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan
berserta dengan objektif pencapaian.
KESUKARAN (DIFFICULTIES)
-perkara yang pelaksanaannya agak
rumit, mencabar dan kompleks
-kesukaran berlaku akibat dua
perkara sama ada tidak tahu cara untuk menyelesaikannya atau tidak ada sumber
yang mencukupi untuk menyelesaikannya.
PELUANG (OPPURTUNITIES)
-Perkara yang paling penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan
-Usaha haruslah ditumpukan supaya dapat
menghasilakan banyak peluang untuk kita menyelesaikan masalah dengan cara yang
paling tepat.
TIDAK PASTI (PUZZLES)
-dalam beberapa situasi kita
pasti tahu seharusnya seseuatu masalah pasti ada jalan penyelesaiannya tetapi
kita tidak jalan manakah yang kita harus pilih.
-untuk mengatasinya, kita
haruslah membongkar segala kekaburan yang ada untuk mencari jalan yang benar.
DILEMA
-situasi di mana sukar untuk
mencari penyelesaian dan menetukan cara yang terbaik untuk
melakukannya.
MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Mendefisikan masalah
Mengkelaskan masalah
Tentukan objektif
Tentukan ukuran kejayaan
Kutipan data
Membuat keputusan
Melaksanakan keputusan yang diambil
Penilaian
PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK
1.Mengadakan hipotesis
2.Mengumpul maklumat
3.Membuat kesimpulan
PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL
Kaedah kreatif dan lateral bersifat generatif dan innovatif untuk
menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik. Ia
lebih suka menunda penilaian kerana yang lebih penting ialah menjana
idea-idea baru tanpa mempedulikan sama ada idea itu betul atau salah berbanding
kaedah logik yang bersifat kritikal yang lebih mementingkan penilaian betul
atau salah, kuat atau lemah. Antara cara penyelesaian masalah secara kreatif
atau lateral ialah tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati, tidak
bersifat defensif terhadap masalah itu, yakin pada diri dan idea sendiri serta
gunakan pta minda.
PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
- Mengandungi lima domain utama :
I.
- Kebolehan mengetahui emosi sendiri
II.
-Kebolehan dalam pengurusan emosi
III. - Kebolehan
meningkatkan motivasi
IV. -Kebolehan
mengenal emosi sendiri
V. -
Kebolehan menjalin persaudaraan
PENYELASAIAN SECARA ISLAM
Penyelesaian secara Islam mempunyai dua corak yang popular iaitu
pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Kedua-duanya ini adalah saling melengkapi
kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.
Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan
Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebut hukum,
maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'l dan ijtihadi. Mengenai hukum qat'l
atau tegas dan jelas, antaranya ialah hukum-hukum ibadat, munakahat, jinayat
hudud dan sebagainya. Semua hukum yang bersifat qat'l atau putus hendaklah
ditaati tanpa sebarang solan dan tanpa perlu berfikr-fikir lagi. Jadi prinsip
hukum di sini ialah sifat ubudiyah, bukannya sifat rasional dengan berfikir
dulu sebelum melaksanakannya. Ada pun hukum ijtihadi yang bersifat rasional, ia
dapat berubah-ubah menurut perubahan masa dan tempat. Prinsip ijithad paling
popular dalam kaedah penyelesaian masalah secara Islam sejak dahulu sehingga
sekarang. Hasil daripada kegiatan ijtihad berkembanglah pemikiran Islam dalam
bidang hukum, yang meliputi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat, jinayat,
dan juga khilafah atau pemerintahan.Ciri-ciri (khasais) syariat Islam adalah
seperti Rabbani(ketuhanan), Alamiah(universal), Syumul(menyeluruh) dan
Wasatiyyah(seimbang)
Dari segi
pendekatan Sufi, dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan sufi ini
juga lembut dan lunak. Penyelesaian masalah memerlukan kefahaman tentang tiga
perkara pokok iaiti hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.
Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah
an-nafs yang melibatkan dua dimensi iaitu dimensi horizontal dan dimensi
vertikal. Mengenai dimensi horizontal, proses tazkiyyat al-nafs atau
pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri(takhalli) dari
sifat-sifat buruk(mazmumah) dan menghias diri(tahaffi) dengan sifat-sifat
baik(mahmudah).
Name: Muhammad Hanif Bin Jamain
Matric: 226726
Group: G

No comments:
Post a Comment