Tuesday, 8 December 2015

Bab 9 : Kaedah Penyelesaian Masalah


ULASAN BAB 9
KAEDAH PENYELASAIAN MASALAH

Dalam kehidupan, manusia pasti pernah mempunyai masalah. Tiada hidup tanpa masalah, bahkan untuk seseorang yang sangat kaya raya sekalipun. Sehingga ada pepatah yang mengatakan "bersahabatlah dengan masalah dan masalah pun akan bersahabat dengan kita". Masalah terjadi pada setiap bidang kehidupan. Setiap penelitian yang dilakukan juga harus menemukan sebuah masalah yang harus diteliti dan dipecahkan.
Masalah terbahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah yang dihadapi haruslah diberi perhatian dan diselesaikan dengan segera.

MASALAH DAN ISU
Perbezaan antara masalah dengan isu. Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati- hati. Masalah yang tdak diselesaikan dengan segera dan biarkan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.

Seterusnya, kita juga perlu memupukkan beberapa sifat di dalam diri untuk memastikan penyelesaian masalah berjalan dengan lancar.
i.        Motivasi yang kuat
ii.        Trait yang positif
iii.        Jati diri
iv.        Membina kemahiran


1. Motivasi yang kuat
Penyelesai masalah yang berkebolehan akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. mereka sentiasa ‘think positive and move forward’. Mereka akan mencuba mengharungi segala halangan yang ada untuk menyelesaikan masalah yang ada dan dengan menggunakan jalan yang betul. Penyelesai masalah yang berkemampuan penuh dengan kekuatan dan sesekali tidak dapat dilemahkan dengan masalah dan cabaran yang datang. Mereka menganggap segala masalah itu hanyalah sementara sahaja. Penyelesai masalah yang berjaya juga akan melipat gandakan usaha mereka untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya. 

 2. Trait yang positif
Fikiran yang positif adalah amat penting bagi menjadi penyelesai masalah yang berjaya. Ia mempunyai emosi yang stabil yang membolehkannya menyelesaikan maslah dengan baik.
Trait psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting. Tetapi trait yang tidak kurang penting ialah meminta pertolongan daripada orang lain. Penyelesai masalah ynag berkebolehan tidak akan ada masalah untuk berhubungan dan bekerjasama dengan orang lain. Penyelesai masalah juga perlulah cerdik dan pintar. Masalah yang rumit memerlukan pengetahuan saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi. Trait psikologi yang terakhir ialah ialah penyelesai masalah berkebolehan seseorang untuk berusaha tanpa jemudi dala menyelesaikan sesuatu masalah.

     3. Jati diri
Penyelesai masalah mempunyai kekuatan diri yang tinggi dalam menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka berfikiran positif bahawasanya mereka dapat menyelesaikan masalah yang datang.

4. Membina kemahiran
Penyelesai masalah yang hebat akan menggunakan pelbagai teknik dan model dalam menyelesaikan masalah yang timbul.


KATEGORI MASALAH
 

       MISTERI
 -satu situasi yang menyeleweng  daripada keadaan  yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Kita  tidak dapat menjelaskan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab menjelaskannya
      TUGASAN (ASSIGNMENT)
-Kerja yang ditugaskan kepada seseorang untuk memperincikan kriteria-kriteria yang perlu  dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian.
      KESUKARAN (DIFFICULTIES)
-perkara yang pelaksanaannya agak rumit, mencabar dan kompleks
-kesukaran berlaku akibat dua perkara sama ada tidak tahu cara untuk menyelesaikannya atau tidak ada sumber yang mencukupi untuk menyelesaikannya.
      PELUANG (OPPURTUNITIES) 
   -Perkara yang paling penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan
   -Usaha haruslah ditumpukan supaya dapat menghasilakan banyak peluang untuk kita menyelesaikan masalah dengan cara yang paling tepat.
   TIDAK PASTI (PUZZLES)
-dalam beberapa situasi kita pasti tahu seharusnya seseuatu masalah pasti ada jalan penyelesaiannya tetapi kita tidak jalan manakah yang kita harus pilih.
-untuk mengatasinya, kita haruslah membongkar segala kekaburan yang ada untuk mencari jalan yang benar.
      DILEMA
-situasi di mana sukar untuk mencari penyelesaian dan menetukan cara yang terbaik untuk melakukannya.  

 
MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Mendefisikan masalah
Mengkelaskan masalah
Tentukan objektif
Tentukan ukuran kejayaan
Kutipan data
Membuat keputusan
Melaksanakan keputusan yang diambil
Penilaian


PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK
      1.Mengadakan hipotesis
      2.Mengumpul maklumat
      3.Membuat kesimpulan
  
PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL
Kaedah kreatif dan lateral bersifat generatif dan innovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik. Ia lebih suka menunda penilaian kerana yang lebih penting ialah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan sama ada idea itu betul atau salah berbanding kaedah logik yang bersifat kritikal yang lebih mementingkan penilaian betul atau salah, kuat atau lemah. Antara cara penyelesaian masalah secara kreatif atau lateral ialah tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati, tidak bersifat defensif terhadap masalah itu, yakin pada diri dan idea sendiri serta gunakan pta minda.


PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN 
  •      Mengandungi lima domain utama :

     I.       - Kebolehan mengetahui emosi sendiri
   II.        -Kebolehan dalam pengurusan emosi
 III.      -  Kebolehan meningkatkan motivasi
 IV.        -Kebolehan mengenal emosi sendiri
   V.      -  Kebolehan menjalin persaudaraan


PENYELASAIAN SECARA ISLAM 

Penyelesaian secara Islam mempunyai dua corak yang popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Kedua-duanya ini adalah saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.

Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebut hukum, maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'l dan ijtihadi. Mengenai hukum qat'l atau tegas dan jelas, antaranya ialah hukum-hukum ibadat, munakahat, jinayat hudud dan sebagainya. Semua hukum yang bersifat qat'l atau putus hendaklah ditaati tanpa sebarang solan dan tanpa perlu berfikr-fikir lagi. Jadi prinsip hukum di sini ialah sifat ubudiyah, bukannya sifat rasional dengan berfikir dulu sebelum melaksanakannya. Ada pun hukum ijtihadi yang bersifat rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan masa dan tempat. Prinsip ijithad paling popular dalam kaedah penyelesaian masalah secara Islam sejak dahulu sehingga sekarang. Hasil daripada kegiatan ijtihad berkembanglah pemikiran Islam dalam bidang hukum, yang meliputi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, dan juga khilafah atau pemerintahan.Ciri-ciri (khasais) syariat Islam adalah seperti Rabbani(ketuhanan), Alamiah(universal), Syumul(menyeluruh) dan Wasatiyyah(seimbang)
 
Dari segi pendekatan Sufi, dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan sufi ini juga lembut dan lunak. Penyelesaian masalah memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok iaiti hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi iaitu dimensi horizontal dan dimensi vertikal. Mengenai dimensi horizontal, proses tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri(takhalli) dari sifat-sifat buruk(mazmumah) dan menghias diri(tahaffi) dengan sifat-sifat baik(mahmudah).


 
 
Name: Muhammad Hanif Bin Jamain
Matric: 226726 
Group: G